Sudah hampir dua tahun saya berada dia alam pekerjaan, dan saya berpeluang menemui ramai rakan-rakan dari sector korporat dan perniagaan. Malang sungguh, apabila saya mengatakan bahawa saya adalah graduan dari sebuah universiti awam di Malaysia, mereka meluahkan kekecewaan mereka terhadap sebahagian besar graduan IPTA kerana mempunyai beberapa kelemahan yang menyukarkan graduan ini diserap ke dalam alam pekerjaan. Antaranya:
Pengetahuan
Pengetahuan teknikal seorang graduan ini mungkin adalah pada standard yang mencukupi (itu pun tak semestinya betul bagi kebanyakan graduan) tetapi apa yang lebih penting adalah kemahiran untuk mengaplikasikan ilmu di dalam kerja-kerja yang diberikan majikan. Disini saya anggap pengetahuan adalah bermaksud ilmu dalam erti kata yang menyeluruh termasuklah pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan ilmu teknikal. Graduan haruslah memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sampingan yang dapat membantu mengaplikasikan ilmu teknikal mereka seperti kemahiran memimpin dan berkominikasi.
Malangnya kebanyakan graduan di universiti mempunyai kehidupan ‘one track mind’. Fokus untuk mendapat 4 flat CGPA dan lupakan selebihnya. Graduan selalu lupa, kalau nak dapat kerja pun faktor lain seperti kokurikulum juga memainkan peranan, apatah lagi jika anda ingin berjaya dalam hidup, sudah tentu anda perlu berusaha lebih kuat lagi. Sikap inilah yang membawa kepada kelemahan graduan IPTA ke dua iaitu:
Sikap
Seperti saya katakan tadi mengenai sikap graduan yang mempunyai pemikiran ‘one track mind’, sikap ini juga akan dibawa ke alam pekerjaan. Sikap ini akan menyukarkan graduan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kita sudah muak mendengar bahawa sistem pendidikan Malaysia berkonsepkan ‘spoon-feeding’. Hasilnya, adalah sikap ini di dalam diri graduan IPTA, namun begitu, kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana membenarkan keadaan ini berlaku.
Komunikasi
Pelbagai jenis langkah dilakukan untuk menperbaiki kemahiran berkomunikasi pelajar, yang paling banyak dilakukan adalah melakukan presentation semasa lecture. Namun begitu, ia hanya berkesan untuk memaksa pelajar memakai pakaian formal semasa presentation. Ia gagal untuk memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingya kemahiran berkomunikasi di dalam kerja mereka. Buktinya? Pelajar ini tidak berlatih kemahiran berkomunikasi mereka & terlalu ramai Pegawai Sumber Manusia kecewa dengan sesi temuduga graduan IPTA.
Penguasaan Bahasa Inggeris
Penguasaan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan dalam mendapatkan kerja yang lebih bagus? Sudah tentu! Namun begitu, pelajar IPTA tidak melatih penguasaan bahasa inggeris seperti mana mereka tidak melatih kemahiran berkomunikasi mereka. Sudah berapa kali saya ditanya sama ada syarikat saya berkerja mempunyai kekosongan kerja, dan memang ada pun. Tapi kemudian mereka akan berkata, “Tapi mesti B.I kena gempak kan? Takpela, takutlah nak cakap B.I” Empat tahun pelajar-pe;ajar ini diberi peluang untunk melatih bahasa inggeris. Tidak kurang dari 2 atau 3 subjek yang diambil adalah berteraskan bahasa inggeris. Apakah agaknya mereka fikirkan tujuan kelas-kelas ini diadakan? Hiburan? Aktiviti menyeksa pelajar? Sebab kelas ini diadakan adalah kerana mereka lemah bahasa inggeris. Malang sungguh ia tidak dihargai.
Kita boleh menyalahkan sistem pendidikan negara kami, tapi kita sebenarnya menipu diri sendiri apabila berkata sedemikian kerana hakikatnya sikap diri kita sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku. Bagi graduan yang sudah berjaya mencari kerja, syabas saya ucapkan dan silalah kongsikan tips kejayaan anda kepada pelajar universiti dan bagi pelajar yang masih menuntut saya ingin katakan dunia terlalu luas & ilmu terlalu banyak untuk dipelajari. Janganlah terlalu taksub dengan kehidupan & kelayakan anda di universiti kerana yang berkelulusan SPM boleh lagi berjaya dari anda, & yang mempunyai kelulusan PhD juga boleh bankrap kerana terlalu banyak hutang.
Sekian…





http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F4%2F10%2Fnation%2F8454838&sec=nation